| 1.Berapakah jumlah yuran yang perlu saya bayar untuk menjadi ahli perpustakaan? |
Yuran dikenakan mengikut peringkat umur
-
Kanak-kanak = RM 7
-
Belia = RM 9
-
Dewasa = RM 12
|
| 2.Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam dan tempoh masa pinjaman? |
2 buah buku sahaja boleh dipinjam dalam masa 2 minggu.
|
| 3.Apakah yang perlu saya lakukan untuk melanjutkan tempoh pinjaman? |
Lanjutan kali pertama boleh melalui telefon.Untuk kali kedua dan ketiga perlu datang ke perpustakaan (3 kali lanjutan sahaja)
|
| 4.Bagaimanakah cara berpakaian yang dibenarkan memasuki perpustakaan? |
Berpakaian sopan dan kemas. Tidak memakai pakaian yang jarang, ketat, singkat dan tanpa lengan.
|
| 5.Berapakah harga sewa sebuah peti simpanan barang dan photostat? |
Harga sewa sebuah peti simpanan RM 0.20 dan harga sehelai kertas photostat RM 0.10 (max = 10 helai)
|
| 6.Bagaimanakah untuk saya mendapatkan informasi tentang buku yang ingin dicari? |
- Sila rujuk papan pengkelasan yang terdapat di perpustakaan ATAU
- Mengunakan terminal OPAC ATAU
- Sila rujuk kepada petugas di kaunter pinjaman dan rujukan.
|
| 7.Saya ingin meminjam buku dibahagian rujukan? |
Buku rujukan termasuk Koleksi Ulangkaji dan Koleksi Negeri/ Daerah tidak boleh dipinjam. Hanya boleh rujukan dan pembacaan dalam perpustakaan sahaja.
|
| 8.Berapakah bayaran denda yang dikenakan bagi buku lewat pulang, rosak atau hilang? |
- Lewat pulang – RM0.20 sehari sebuah buku
- Hilang - Bayaran mengikut harga buku seperti di dalam sistem
|
| 9.Berapakah jumlah bayaran yang dikenakan untuk penggunaan internet? |
Tertakluk kepada perpustakaan, ia berbeza mengikut penyedia perkhidmatan Internet
|
| 10.Adakah perkhidmatan mencetak(print) disediakan? |
Ada perpustakaan yang menyediakan dan ada yang tidak.
|
| 11.Adakah perkhidmatan wi-fi disediakan? |
Ada perpustakaan yang menyediakan dan ada yang tidak. Sila rujuk kaunter perpustakaan
|