Home Mengenai PPAP Objektif
Objektif PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 27 December 2010 12:05

OBJEKTIF BAHAGIAN DAN UNIT DI PPAP

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Berkhidmat secara adil dan telus dalam urusan pentadbiran, kewangan dan pembangunan sumber manusia bagi menyokong objektif utama jabatan.

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN KOLEKSI
Merancang, mengurus dan melaksanakan perolehan bahan-bahan perpustakaan yang berkualiti dan menepati kehendak pengguna disamping menguruskan pengkatalogan bahan-bahan mengikut garispanduan yang diguna pakai bagi mencapai objektif jabatan

BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Mengurus perkhidmatan perpustakaan termasuk perkhidmatan sirkulasi, rujukan, koleksi negeri dan galak guna perpustakaan yang diberikan untuk pengguna perpustakaan demi mencapai objektif jabatan

BAHAGIAN RANGKAIAN PERPUSTAKAAN
Mengurus perkhidmatan perpustakaan daerah, cawangan, desa dan perkhidmatan bergerak melalui konsep `central monitorin' dalam mempastikan objektif jabatan tercapai.

UNIT PERANCANGAN KORPORAT DAN PEMBANGUNAN
Merancang, mengurus dan melaksanakan projek-projek pembangunan perpustakaan dengan kerja sama pihak jabatan pelaksana seperti JKR, Pejabat Daerah dan lain-lain agar objektif jabatan dapat dicapai.

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Membangun dan menyelenggara sistem maklumat, mengguna infrastruktur teknologi maklumat dan meningkatkan kesedaran keberkesanan penggunaan teknologi maklumat di kalangan kakitangan dan pengguna perpustakaan.

Last Updated on Tuesday, 08 February 2011 17:10
 

PAUTAN AGENSI

  • KPKK
  • MSC MAlaysia
  • Kerajaan Malaysia
  • Kerajaan Pahang
  • Perpustakaan Negara Malaysia
  • MOSTI

PENDAPAT ANDA

Pendapat Anda tentang penggunaan akhbar harian digital di perpustakaan

(47 votes)