PERKHIDMATAN ONLINE
| Mengenai PPAP |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Isnin, 27 Disember 2010 10:51 |
|
LATAR BELAKANG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 dan diwartakan di dalam warta kerajaan No. 11 tahun 1973 pada 4 Oktober 1973. Pada tahun 1972, Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji penggubalan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Khutub Khanah Umum Kuantan. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan operasinya untuk masyarakat di bangunan Rumah Rehat lama di Jalan Masjid, Kuantan pada tahun 1976. Pada tahun 1985, berpindah ke Bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Jalan Gambut dan telah dirasmikan pada 28 Oktober 1987 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah. Sejak itu, perkhidmatan perpustakaan semakin berkembang ke semua 11 Daerah di Negeri Pahang dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Cawangan, Perpustakaan Bergerak (Pinjaman kelompok) dan Perpustakaan Desa. Sehingga kini, PPAP mempunyai 1 buah Perpustakaan Negeri, 10 buah Perpustakaan Daerah, 2 buah Perpustakaan Cawangan, 32 buah Perpustakaan Desa Negeri, 32 buah Perpustakaan Desa PNM, 1 Unit Bus bergerak Multimedia e-Pustaka dan 7 unit Perpustakaan Bergerak yang kini menjalankan perkhidmatan pinjaman kelompok di luar bandar di seluruh Negeri Pahang. Perpustakaan kini memberikan perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran, rekreasi serta ICT.
|
| Kemaskini terakhir pada Isnin, 19 Disember 2011 14:50 |
PENDAPAT ANDA
Pendapat Anda tentang penggunaan akhbar harian digital di perpustakaan
Total votes: 19



Mengenai PPAP








